Mengapa mulut berbau petua halitosis - colgate my
Badge field

Mulut Berbau dan Halitosis: Punca dan Petua untuk Nafas Berbau

Published date field Terakhir dikemaskini:

Adakah rutin harian anda menyebabkan nafas berbau?Punca biasa halitosis termasuk perkara yang lazim seperti jenis makanan yang diambil atau tabiat memberus gigi.Semak senarai ini untuk memastikan rutin harian anda tidak menjadi punca nafas berbau.

1. Melangkau waktu makan: Percaya atau tidak, melangkau memakan boleh membuatkan nafas anda berbau. Menurut American Dental Association, orang yang berdiet boleh mengalami halitosis jika mereka tidak makan dengan kerap. Untuk mengelakkan ini, cuba makan mengikut waktu sekurang-kurangnya 3-4 jam setiap kali.

2. Penyakit: Masalah seperti penyakit gusi, kencing manisdanjangkitan sinus (resdung) dikaitkan dengan nafas berbau.Sekiranya penyelesaian biasa untuk menangani nafas berbau tidak berkesan untuk anda, pastikan anda berbincang dengan doktor atau doktor gigi anda.

3. Tidak Cukup Memberus Gigi: Berapa kali anda memberus gigi dalam sehari?Jika anda tidak memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari selama 120 saat setiap kali, anda mungkin berisiko menghidap nafas berbau.Pastikan untuk memberus lidah anda juga.Hal ini dikatakan kerana lidah anda akan membawa bau makanan yang terperangkap di celah-celah gigi anda!

4. Memberus Gigi pada Waktu Yang Salah: Kebanyakan daripada kita memberus gigi pada waktu pagi.Tetapi jika anda memberus gigi sebelum makan pagi, makanan yang anda ambil boleh terperangkap di antara celah gigi.Makanan ini mengumpul bakteria dan menjadi salah satu punca biasa halitosis.

5. Makanan Berbau Kuat: Bawang putih memang menyedapkan lagi masakan, tetapi ia menyebabkan nafas menjadi kurang menyenangkan.Sekiranya anda perlukan nafas yang segar untuk pertemuan khas, langkau makanan berbau kuat seperti bawang putih, bawang merahdanjuga kopi atau alkohol.

6. Mulut Kering: Rawatan perubatan dan ubat tertentu boleh menyebabkan mulut menjadi kering kerana kekurangan air liur. Ini juga dikenali sebagai xerostomia.Air liur bertanggunjawab untuk membersihkan sel-sel penyebab bau di dalam mulut anda.Jika anda tidak menghasilkan air liur yang mencukupi, sel-sel tersebut boleh kekaldi dalammulut anda dan menyebabkan nafas berbau.

7. Produk Tembakau: Terdapat banyak sebab untuk berhenti merokok atau mengunyah tembakau, salah satu daripadanya ialah nafas berbau.Nafas perokok sering berbau kerana bau rokok yang kekal dalam mulut danpengumpulan bakteriadi dalam mulut boleh menyebabkan bau yang kuat.

Amalkan penjagaan rutin harian yang baik, untuk memastikan nafas segar dan senyuman menawan.

Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.