ubat gigi dan berus gigi - colgate my
Badge field

Sejarah Ubat Gigi dan Berus Gigi

Published date field Terakhir dikemaskini:

Sejarah Berus GigiAlat memberus gigi telah wujud sejak 3500-3000M apabila Orang Babylon dan Mesir mencipta berus menggunakan hujung ranting yang berbulu. Makam-makam mesir purba telah ditemui mengandungikayu gigibersama dengan pemiliknya. Sekitar 1600M, orang Cina telah menghasilkan "kayu kunyah" yang diperbuat daripada ranting kayu beraroma untuk menyegarkan nafas.

Orang Cina dipercayai telah mencipta berus gigi bulu semulajadi pertama yang diperbuat daripada bulu dari leher babi pada abad ke-15, dengan bulu yang melekat pada pemegang tulang atau buluh. Apabila ia dibawa dari China ke Eropah, reka bentuk ini telah diadaptasi dan sering kali dihasilkan dengan bulu kuda yang lebih lembut yang menajdi pilihan ramai warga Eropah. Reka bentuk lain di Eropah menggunakan bulu.

Berus gigi pertamadenganreka bentuk yang lebih moden dihasilkan oleh William Addis di England kira-kira tahun 1780 – pemegangnya diukir daripada tulang lembu dan bahagian berus diperbuat daripada bulu khinzir.Pada tahun 1844, berus bulu kejur 3 baris pertama direka.

Bulu kejur semula jadi merupakan satu-satunya sumber bulu kejur sehinggalah penciptaan Nilon oleh Du Pont.Penciptaan nilon memulakan pembangunan berus gigi yang moden pada tahun 1938, dan menjelang tahun 1950-an bulu kejur nilon lembut dihasilkan kerana ramai yang lebih menyukainya.Berus gigi elektrik pertama dicipta pada tahun 1939 dan berus gigi elektrik yang pertama di Amerika ialah Broxodent pada tahun 1960.

Kini, kedua-dua berus gigi manual dan elektrik boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz yang biasanya diperbuat daripada pemegang acuan plastik dan bulu nilon.Model berus gigi terkini termasuk pemegang lurus, bersudut, melengkung dan berkontur dengan cengkaman getah yang lembut untuk memudahkannya dipegang dan digunakan.Berus bulu kejur biasanya sintetik dan boleh didapati dalam pelbagai tekstur kelembutan dan juga kekerasan.Kepala berus gigi berbeza daripada saiz yang sangat kecil untuk kanak-kanak hingga saiz yang besar untuk dewasa dan boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti segi empat tepat, oblong, bujur dan bulat.

Prinsip asasnya tidak berubah sejak era orang Babylon dan Mesir – pemegang untuk dicengkam dilengkapi ciri berbulu untuk membersihkan gigi.Sepanjang sejarahnya yang lama, berus gigi telah berubah kepada alat penjagaan yang direka secara saintifik dengan menggunakan reka bentuk ergonomik dan bahan-bahan yang selamat dan bersih untuk kebaikan semua.

Sejarah Ubat Gigi

Ubat gigiorang Mesir dipercayai telah mula menggunakan pes untuk membersihkan gigi mereka.5000BC,sebelum penciptaan berus gigi. Orang Yunani purba dan Rom diketahui telah menggunakanubat gigi, dan orang di China dan India pertama kali menggunakan ubat gigi sekitar tahun 500M.

PurbaUbat gigidigunakan untuk merawat masalah tertentu yang kita hadapi sekarang – memastikan kebersihan gigi dan gusi, memutihkan gigi dan menyegarkan nafas.Bahan-bahanubat gigi purba iniamat berbeza dan sama sekali berlainan.Bahan-bahan ini termasuk serbuk abu telapuk haiwan dan cangkerang telur yang dibakar, bercampur dengan pumis. Orang Yunani dan Rom lebih menyukai kesan pelelasan dan bahan-bahan ubat gigi mereka termasuk tulang dan cangkerang tiram yang dihancurkan. Orang-orang Rom menambah lebih banyak perasa untuk membantu dengan nafas berbau, dan juga serbuk arang dan kulit kayu. Orang Cina menggunakan pelbagai jenis bahan dalamubat gigisepanjang zaman termasuklahmenggunakanginseng, pudina herbadangaram.

Perkembangan ubat gigi dalam zaman moden bermula pada tahun 1800an. Versi awal mengandungi sabun dan dalam pada tahun 1850-an kapur juga dimasukan.Biji sirih digunakan sebagai ubat gigi di England pada tahun 1800an, dan pada tahun 1860-an ensiklopedia menggambarkan ubat gigi buatan sendiri yang menggunakan arang tanah. Sebelum tahun 1850an, 'ubat gigi' biasanya serbuk. Pada tahun 1850-an, ubat gigi baharu dalam balang yang dipanggil Crème Dentifrice telah dibangunkan dan pada tahun 1873 Colgate memulakan pengeluaran ubat gigi secara besar-besaran dalam balang.

Colgate memperkenalkan ubat giginya dalam tiub yang serupa dengan tiub ubat gigi moden pada tahun 1890an. Sebelum 1945, ubat gigi mengandungi sabun. Selepas masa itu, sabun telah digantikan dengan bahan-bahan lain untuk menjadikan pes yang halus atau menghaluskan pes atau menghasilkan emulsi - seperti sodium lauryl sulphate, bahan biasa dalam ubat gigi masa kini.

Pada separuh kedua abad kedua puluh ubat gigi moden dibangunkan untuk membantu mencegah atau merawat penyakit dan keadaan tertentu seperti sensitiviti gigi.Ubat gigi fluorida yang membantu mencegahkan pereputan gigi dihasilkan pada tahun 1914. Ubat gigi dengan pelelas yang sangat rendah juga dibangunkan dan membantu mencegah masalah yang disebabkan oleh memberus gigi yang berlebihan. Ubat gigi hari ini biasanya mengandungi fluorida, pewarna, perasa, pemanis dan bahan-bahan yang menghasilkan ubat gigi pes halus, berbusa dan kekal lembap. Ubat gigi di dalam tiub digunakan di seluruh dunia dan merupakan ciptaan yang sangat berjaya.

Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.