Berus gigi untuk braces - colgate my
Badge field

Adakah Terdapat Berus Gigi Khusus Untuk Braces?

Published date field Terakhir dikemaskini:

Salah satu cara untuk mengubah penampilan senyuman anda dan meningkatkan keyakinan diri ialah dengan memakai pendakap gigi atau braces. Pendakap gigi meluruskan gigi yang bengkok dan melaraskan gigitan yang tidak sejajar. Walaupun pendakap gigi biasanya membawa lebih banyak kebaikan berbanding keburukan di jangka masa panjang, ia mempunyai cabaran juga.

Menjaga kebersihan gigi sambil memakai pendakap gigi mungkin merumitkan. Walaupun anda tidak memerlukan berus gigi yang khas untuk pendakap gigi, anda mungkin perlu memberus gigi dengan lebih kerap dan menambah beberapa alat penjagaan mulut dalam rutin anda.</p>

Beri Lebih Perhatian Pada Kebersihan Mulut Dengan Pendakap Gigi

Semasa memakai pendakap gigi, terutamanya jenis logam, makanan lebih mudah melekat pada gigi atau di antara celah gigi. Cebisan makanan yang terperangkap dalam mulut boleh mempercepatkan pembentukan plak dan meningkatkan risiko kerosakan gigi. U.S Food and Drug Administration menegaskan kepentingan penjagaan gigi semasa memakai pendakap gigi dengan menjelaskan bahawa kegagalan untuk berbuat demikian boleh menjejaskan keberkesanan rawatan ortodontik dan memerlukan pemakaian yang lebih lama.

Anda dinasihatkan untuk memberus gigi setiap kali selepas makan, apabila memakai pendakap gigi.

Ia juga penting untuk memflos semasa memakai pendakap gigi untuk menanggalkan apa-apa yang tersekat di antara celah gigi anda atau ruang antara gigi dan dawai lengkung.

Cara Membersihkan Gigi Dengan Pendakap Gigi Pendakap Gigi

Memberus gigi ketika memakai pendakap gigi adalah hampir sama sebagaimana anda memberus gigi sebelum anda memakainya. Berus gigi yang mempunyai bulu berus yang lembut and kepala bersaiz kecil merupakan berus yang sesuai untuk sesiapa yang memakai pendakap gigi. Ia seharusnya selesa semasa dipegang dan muat dalam mulut anda dengan mudah. Anda juga harus menggunakan ubat gigi fluorida untuk melindungi gigi daripada berlubang.

Picit ubat gigi sejumlah bersaiz kecil pada berus gigi, memegang berus gigi pada sudut 45 darjah di bahagian gigi belakang. Gunakan pergerakan bulat kecil untuk membersihkan satu atau dua gigi pada masa yang sama dengan pergerakan bulatan yang kecil. Selepas membersihkan gigi masing-masing, ulangkan pergerakan tersebut di bahagian gigi depan.

Oleh sebab anda memberus gigi dengan lebih kerap semasa anda memakai pendakap gigi, jadi berus gigi anda mungkin perlu diganti dengan lebih cepat. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan berus gigi yang baru apabila bulu berus gigi anda telah haus dan mula condong ke tepi.

Kotak Peralatan Pendakap Gigi

Walaupun anda tidak diperlukan untuk membeli berus gigi yang khas semasa memakai pendakap gigi, tetapi anda mungkin memerlukan beberapa alatan baru untuk mengekalkan kebersihan gigi dan gusi anda. American Association of Orthodontists (AAO) menyarankan penggunaan floss threader untuk memasukkan flos di antara celah gigi, gusi dan di bawah dawai lengkung. Anda juga boleh menggunakan berus interproksimal (juga dipanggil berus gigi interdental) iaitu alat yang pendek dan berbulu. Berus ini boleh mencapai bahagian bawah dawai lengkung atau di antara braket supaya dapat menanggalkan cebisan makanan yang terperangkap. Anda juga boleh menggunakan berus interproksimal untuk membersihkan ruang di antara gigi anda.

Ketika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan, bilas mulut anda dengan air. Walaupun air tidak dapat membersihkan permukaan gigi anda, tetapi ia boleh membantu dengan membilaskan cebisan makanan yang tersekat. AAO juga menasihati bahawa air dapat mengurangkan keasidan dalam mulut anda dan mengurangkan risiko kerosakan gigi.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai cara mengekalkan kebersihan gigi semasa memakai pendakap gigi, sila dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau pakar ortodontik anda. Mereka boleh mencadangkan rutin penjagaan mulut yang sesuai dengan jadual anda, mengurangkan risiko kerosakan gigi dan membantu anda mencapai senyuman yang sihat dan menarik.

Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.