cara mengatasi mulut berbau - colgate my
Badge field

Nafas Pagi: Pencegahan, Rawatan & Petua

Published date field Terakhir dikemaskini:

Jam loceng anda berdering setiap pagi dan membangunkan anda daripada tidur lena malam semalam. Anda menggosok mata dan bersedia untuk menghadapi hari baharu. Kemudian anda menyedarinya. Anda sudah mengenali rasa di dalam mulut dan rasa kesat pada lidah anda. Dan bau yang tidak menyenangkan itu boleh dihidu terus dari mulut anda. Ya, itu lah nafas pagi. Nafas pagi mungkin memalukan, tetapi anda tidak patut berasa malu; setiap orang pernah mengalaminya. Berikut adalah beberapa petua pencegahan dan rawatan supaya anda lebih ceria dan segar semasa bangun pagi.

Apakah Itu Nafas Pagi?

Nafas pagi ialah sejenis masalah nafas berbau yang dikenali sebagai halitosis. Menurut Persatuan Pergigian Amerika, nafas yang kurang menyenangkan biasanya bermula dari bakteria di mulut anda. Semasa anda tidur, cebisan makanan terkumpul di celah-celah gigi, lidah dan sepanjang garis gusi anda. Bakteria dalam mulut anda menguraikan cebisan tersebut dan meninggalkan bahan kimia berbau busuk di dalam mulut anda.

Apakah Penyebab Nafas Pagi?

  • Makanan. Selain sisa makanan di dalam mulut anda, jenis makanan tertentu boleh menyebabkan nafas berbau. Bawang putih, bawang merah dan rempah memasuki aliran darah setelah dihadam. Bahan kimia yang dihasilkan kemudian dibawa ke paru-paru anda. Jadi, anda sebenarnya menghembus bau busuk itu, terutamanya jika anda makan pada lewat malam sebelum tidur.
  • Mulut kering. Menurut Persatuan Pergigian Amerika, mulut kering boleh menjadi punca nafas pagi yang berbau. Pada waktu pagi, air liur anda membantu membersihkan bakteria dari mulut. Tetapi semasa anda tidur, penghasilan air liur berkurang dan mulut anda menjadi tempat pembiakan bakteria. Mulut kering yang dikenali sebagai xerostomia mengurangkan penghasilan air liur. Pernafasan melalui mulut atau berdengkur juga boleh mengeringkan mulut dan meyumbang kepada bau busuk itu.
  • Mengabaikan penjagaan mulut. Selain menanggalkan cebisan makanan yang degil dengan memberus dan memflos gigi, pengabaian penjagaan mulut yang baik boleh membawa kepada penyakit periodontal (penyakit gusi).
  • Tembakau.
  • Ubat. Ubat tertentu menyebabkan mulut kering yang meningkatkan bakteria seterusnya memburukkan lagi masalah nafas pagi.

Bagaimana Cara Mencegah Nafas Pagi

Mujurnya anda boleh mengambil langkah-langkah pencegahan sebelum anda masuk tidur. Cuba beberapa petua ini untuk mengelakkan nafas pagi:

  • Kekal terhidrat: Minum air sebelum tidur pada waktu malam, dan simpan sebotol air berdekatan anda sekiranya anda dahaga.
  • Jaga pemakanan anda: Elakkan makanan dan minuman yang berbau kuat seperti bawang putih, bawang merah, teh hitam atau kopi sebelum tidur.
  • Buang tabiat merokok: Berhenti merokok boleh meningkatkan kesihatan keseluruhan anda dari pelbagai segi, selain itu mengelakkan daripada bau mulut yang busuk pada waktu pagi.

Bagaimana Cara Mencegah Nafas Pagi

Sekiranya anda mendapati nafas anda berbau, pastikan anda memberus gigi sebagai langkah penjagaan pertama. Ketika anda tidak mempunyai berus gigi bersama anda, pertimbangkan penyegar nafas seperti berikut:

  • Ubat kumur: Mengumur dengan ubat kumur antiseptik membantu mengekalkan gusi yang sihat, melindungi terhadap gingivitis dan boleh mencegah mulut berbau.
  • Bersihkan lidah anda: Bersihkan lidah dengan pembersih lidah pada waktu pagi dan malam.
  • Kunyah gula-gula getah: Gula-gula getah pudina tanpa gula akan membantu menghasilkan air liur yang dapat membersihkan bakteria dan menyegarkan nafas anda sehingga anda dapat memberus gigi.
  • Gula-gula pudina tanpa gula: Simpan gula-gula pudina bersama anda - gula-gula pudina tanpa gula seperti xylitol boleh mengekalkan kelembapan mulut dan mengurangkan nafas berbau.

Nafas berbau pada waktu pagi bukan sesuatu yang menyenangkan, tetapi ini tidak perlu menjadi hidup anda. Begitu juga untuk nafas anda sepanjang hari. Kunci kepada nafas yang segar ialah untuk memberi tumpuan kepada kesihatan mulut anda. Ini bermakna anda harus memberus gigi paling kurang dua kali sehari, diikuti dengan memflos gigi untuk mencapai bahagian yang tidak dapat disentuh oleh berus gigi; kemudian memastikan lidah anda juga dijaga bersih. Jangan lupa menjadualkan sesi pembersihan dengan doktor gigi anda setiap enam bulan. Pakar kebersihan pergigian akan menjalankan pembersihan profesional dan memberikan idea mengenai cara untuk mengekalkan nafas yang segar.

Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.