Petua sakit gigi - colgate my
Badge field

Petua Melegakan Sakit Gigi Berlubang

Published date field Terakhir dikemaskini:

Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera. Semasa menunggu untuk berjumpa doktor, terdapat beberapa cara yang boleh memberikan kelegaan sementara di rumah.

Kenapa Gigi Berlubang Menyakitkan?

Gigi berlubang mendedahkan dentin sensitif dan saraf pulpa gigi. Ini mengakibatkan rasa sakit yang datang dan hilang. Menurut American Dental Association, kesakitan kaviti sering berlaku semasa anda mengambil makanan sejuk atau manis. Tanda-tanda lain kaviti ialah makanan yang tersekat dalam gigi anda atau kawasan gigi terasa kasar apabila disentuh dengan lidah. Anda mungkin juga dapat melihat kerosakan (pereputan) pada gigi anda.

Rawatan Yang Boleh Dilakukan Rumah

Remedi semula jadi yang boleh dilakukan di rumah untuk melegakan kesakitan kaviti termasuk air suam, garam dan minyak bunga cengkih. Mayo Clinic mencadangkan untuk memberus gigi dengan air suam supaya membersihkan keseluruhan bahagian mulut, termasuk bahagian yang terasa sakit. Anda juga boleh berkumur air garam yang suam dengan mengikuti langkah-langkah tersebut:

  • Tambah dua sudu kecil garam ke segelas air suam.
  • Kacau sehingga garam menjadi larut.
  • Bilas mulut anda dengan menyeluruh dengan air garam dan kemudian ludah ke dalam sinki.

Bilasan air garam dapat membersihkan cebisan makanan dari lubang pada gigi dan melegakan keradangan. Jangan kumur dengan air panas atau sejuk. Suhu yang terlalu panas atau sejuk boleh menyebabkan rasa sakit bertambah teruk.

Minyak bunga cengkih juga merupakan rawatan kelegaan kesementaraan yang berkesan untuk sakit gigi berlubang. Ikuti langkah-langkah ini:

  • Tambah dua atau tiga titis minyak bunga cengkih pada putik kapas, bebola kapas atau tisu yang bersih.
  • Tempatkan putik kapas, bebola kapas atau tisu pada bahagian kaviti kemudian biarkan sehingga rasa sakit berkurang.
  • Kalau minyak bunga cengkih tulen terlalu kuat, gunakan minyak zaitun untuk mencairkannya.

Ubat Dari Farmasi

Ubat gigi untuk gigi sensitif dan analgesik boleh melegakan rasa sakit gigi berlubang. Memberus menggunakan ubat gigi sensitif untuk mengebas saraf yang terdedah. Gunakan berus gigi berbulu lembut untuk mengurangkan kerengsaan pada dentin dan saraf pulpa. Ibuprofen dan acetaminophen adalah dua jenis analgesik yang boleh didapati di farmasi untuk melegakan sakit gigi berlubang, tetapi anda harus mendapatkan nasihat doktor anda jika ia sesuai untuk digunakan.

Endorfin Semula Jadi

Senaman melepaskan endorfin yang merupakan penenang rasa sakit semula jadi.

Jika anda biasa bersenam, aktiviti senaman atau berlari boleh melegakan sakit gigi. Cuba senaman berjalan pantas kalau anda tidak meminati senaman keras.

Sakit gigi berlubang boleh berlaku pada bila-bila masa. Dengan menguruskan rasa sakit di rumah, anda boleh teruskan kehidupan dengan selesa sementara menunggu pejabat doktor gigi anda dibuka. Mujurnya, tampalan atau rawatan gigi yang lain semasa berjumpa doktor gigi anda akan memberikan kelegaan yang kekal.

Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.