gigi geraham pecah - colagte malaysia

Gigi Bongsu Patah: Kesan Sampingan Buruk Jika Tidak Dirawat

Jika salah satu gigi bongsu anda atau ahli keluarga anda patah, apakah perkara yang paling bijak untuk anda lakukan?

A. Elakkan mengunyah makanan di bahagian gigi bongsu yang patah.

B. Bersihkan gigi belakang anda dengan sangat lembut, termasuk gigi geraham anda yang patah. (Tahukah anda: Gigi bongsu dikenali sebagai geraham ketiga.)

C. Buat temujanji pergigian secepat mungkin.

Jika anda pilih A, B atau C, anda sememangnya bijak. Tetapi perkara paling bijak untuk dilakukan ialah C: Hubungi klinik pergigian anda segera. Setelah anda mengetahui kesan sampingan gigi geraham patah yang tidak dirawat, anda akan tahu sebab menghubungi pakar pergigian anda merupakan perkara paling bijak untuk dilakukan.

Perkara Yang Boleh Merosakkan Gigi Bongsu Anda

Sebarang jenis trauma seperti menggigit gula-gula keras atau terkena pukulan pada muka anda sudah tentu boleh mengakibatkan gigi geraham patah. Tetapi yang mengejutkan sebenarnya, gigi bongsu anda yang biasanya keluar antara lewat remaja hingga awal 20-an yang boleh menyebabkan gigi bongsu patah. Hal ini atas sebab-sebab berikut:

  • Gigi geraham lain mungkin berada di atas tempat gigi bongsu itu berusaha untuk muncul.
  • Gigi bongsu itu mungkin keluar pada sudut yang janggal.
  • Gigi bongsu itu mungkin sudah rosak sebelum keluar.

Selain itu, jika gigi bongsu itu mudah keluar tetapi akhirnya mereput kerana pereputan, gigi bongsu itu lebih cenderung untuk patah.

Jangkitan dan Pereputan

Apabila bercakap tentang gigi bongsu yang menyerpih atau patah, masa adalah penting untuk mencegah masalah kesihatan mulut daripada menjadi lebih teruk. Selalunya terdapat rekahan atau lubang yang lebih terdedah kepada bakteria dan pereputan jika gigi bongsu itu patah dan tidak dirawat. Dan perkara ini boleh menyebabkan tindak balas berantai yang anda pasti mahu elakkan:

  • Jika bakteria berjaya memasuki gigi geraham yang retak, gigi akan mulai mereput kerana sukar untuk membersihkan retakan itu. Akhirnya anda akan menghidap jangkitan gigi.
  • Jangkitan gigi akan merebak ke tisu gusi di sekitar, kemudian ke gigi lain dan ke rahang anda.
  • Jika tidak dibendung, jangkitan akan merebak ke bahagian badan yang lain dan mendorong kepada masalah kesihatan yang lain.

Tanda-tanda gigi bongsu yang dijangkiti adalah:

  • Bengkak di kawasan gigi yang patah dan tisu sekitar
  • Sakit berdenyut-denyut
  • Demam

Kami mahu mengelak daripada sebarang perkara di atas terjadi, jadi sila dapatkan rawatan sebaik sahaja gigi baru patah.

Pilihan Rawatan

Sekarang anda telah tahu sebab untuk mendapatkan temu janji dengan klinik gigi segera, lalu apakah yang boleh anda jangkakan?

Selepas mengambil imej X-ray untuk melihat bahagian yang patah serta gigi, rawatan bergantung kepada faktor seperti:

  • Kedudukan gigi di dalam mulut anda sebelum patah
  • Punca gigi patah
  • Tahap gigi patah

Jika gigi bongsu anda sihat dan berada dalam kedudukan yang baik, berbincanglah dengan pakar pergigian anda. Bincangkan perkara yang mereka cadangkan berdasarkan situasi anda.

Cabutan gigi bongsu memerlukan khidmat pakar pembedah mulut. Sebelum prosedur tersebut, doktor gigi anda mungkin memberikan antibiotik dan mengesyorkan pelega sakit yang juga anti-radang untuk membantu mengurangkan gejala sebelum cabutan.

Benar, patah gigi bongsu boleh menyebabkan kesakitan, baik secara harfiah dan kiasan namun dengan mengambil langkah untuk menanganinya segera, anda boleh berasa lebih baik dengan lebih cepat. Rasa lebih baik dengan menghentikan kesakitan. Rasa lebih baik dengan menjimatkan kos rawatan mulut selanjutnya akibat kesan sampingan gigi geraham yang mereput. Dan berasa lebih baik dengan mengetahui pakar pergigian anda akan menasihati anda tentang cara terbaik untuk merawat gigi geraham yang patah.

Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.