Pendakap Gigi

Berapakah Kos Pendakap Gigi Untuk Kanak-kanak?

 

oleh Tracey Sandilands

Menjadi ibu bapa memakan belanja yang besar. Namun, anda sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak anda, termasuk mencari jalan untuk membiayai rawatan ortodontik yang mereka perlukan, walaupun ia mungkin sukar bagi anda. Jadi, berapakah kos pendakap gigi untuk kanak-kanak? Terlebih dahulu, anda perlu mengenal pasti jenis pendakap gigi untuk anak anda dan tempoh rawatan yang diperlukan. Ini akan membantu anda memahami pilihan anda dalam menyediakan penjagaan terbaik pada harga yang anda bayar.

Usia yang Sesuai

Menurut Jorgensen Orthodontics, kanak-kanak biasanya sesuai untuk pemasangan pendakap gigi apabila berusia tidak lebih daripada 12 tahun, selepas kehilangan semua gigi susu mereka dan gigi geraham 12 tahun mereka sudah tumbuh. Walaupun Persatuan Ortodontik Amerika (AAO) mengesyorkan agar kanak-kanak menerima saringan ortodontik pertama mereka menjelang usia tujuh tahun, pendakap gigi yang dipasang terlalu awal boleh menyebabkan rawatan mengambil masa yang lebih lama daripada yang perlu - dan berkos lebih tinggi.

Jika pakar ortodontik anda mengenal pasti gigitan yang tidak betul atau potensi untuk kesesakan gigi semasa pemeriksaan saringan, ada kalanya beliau boleh mengambil tindakan "pemintasan" untuk mengelakkan masalah daripada semakin menjadi-jadi atau bertambah teruk. Ini boleh termasuk memasang pengembang palatal atau aplians lain untuk memastikan gigi kekal tumbuh dalam kedudukan yang betul. Pemeriksaan ini juga mungkin menyerlahkan keperluan untuk mengawal tabiat seperti menghisap ibu jari, yang lama-kelamaan boleh menyebabkan kerosakan pada mulut kanak-kanak.

Jenis-jenis Pendakap Gigi

Pendakap gigi yang disyorkan oleh pakar ortodontik anda akan bergantung pada masalah khusus anak anda. Jenis-jenis pendakap gigi merangkumi:

·       Pendakap gigi logam tradisional - Mempunyai ikatan keluli yang memegang dawai antara pendakap di tempatnya.

·       Pendakap gigi Damon - Ia tidak mempunyai ikatan keluli, kerana pendakapnya sendiri memegang dawai di tempatnya.

·       Invisalign® (atau penjajar lutsinar atau boleh tanggal yang lain) - Muat pada gigi kanak-kanak dengan cara yang menyerupai pelindung mulut.

Selain aplians seperti pengembang, pakar ortodontik anda juga mungkin mengesyorkan penggunaan alat kepala atau peranti Forsus atau Herbst untuk digunakan bersama-sama dengan pendakap gigi untuk membetulkan masalah yang menjejaskan gigitan semula jadi anak anda.

Kelainan Kos Rawatan

Penentuan kos pendakap gigi untuk kanak-kanak bergantung terutamanya pada berapa lama anak anda perlu memakainya. Menurut Consumer Guide to Dentistry, kos memakai pendakap gigi berbeza-beza berdasarkan jenis pendakap gigi yang disyorkan – atas sebab-sebab berikut:

1.   Dengan pendakap gigi tradisional, kosnya didorong oleh bayaran yang akan dikenakan oleh pakar ortodontik untuk rawatan ortodontik mengikut keperluan anak anda, yang merangkumi lawatan berbilang kali sepanjang masa yang diambil untuk meluruskan giginya dalam tempoh setahun hingga tiga tahun.

2.   Pendakap gigi Damon biasanya lebih mahal pada mulanya, namun disebabkan pendakap ini jenis ligat sendiri (self-ligating), bayaran lawatan pergigian susulan anda menjadi kurang.

3.   Dengan Invisalign, anak anda akan menerima beberapa penjajar untuk digunakan dalam susunan tertentu, yang ditukar setiap dua minggu. Kosnya ditentukan oleh bilangan penjajar yang perlu untuk mencapai hasil yang sewajarnya.

Jika anak anda perlu mencabut gigi atau dipasang dengan aplians lain, kos rawatan keseluruhan mungkin meningkat sebagaimana perlu.

Cara anak anda mematuhi arahan pakar ortodontik juga penting, kerana pembaikan dan penggantian menjejaskan kos rawatan keseluruhan. Pastikan anak anda mengelakkan kerosakan gigi semasa memakai pendakap gigi dengan menggunakan produk seperti Colgate® untuk kanak-kanak, ubat gigi fluorida antikaviti yang terdapat dalam pelbagai perisa buah-buahan yang menarik.

Cara-cara Membayar

Bagi pesakit tanpa insurans, ramai pakar ortodontik yang mengedarkan invisalign menawarkan pelan bayaran fleksibel tanpa bayaran pendahuluan dan dengan kadar faedah yang rendah. Jika anda mempunyai insurans, ia mungkin menampung sebahagian daripada kos, khususnya janji temu pergigian yang diperlukan.

Walau bagaimanapun, jika anda mampu menanganinya tanpa bantuan kewangan, bayar terlebih dahulu untuk beberapa atau semua rawatan, yang biasanya melayakkan anda untuk mendapat diskaun. Ia bukan sekadar bertanya, "berapakah kos pendakap gigi untuk kanak-kanak?" Ia berkenaan mendapatkan rawatan ortodontik yang sesuai untuk anak anda, dan pada masa yang tepat.

 

Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.