Cajetan Dogo Ph.D

 

 

Cajetan Dogo

Ph.D
Rakan Sekutu Teknikal

Dr. Cajetan Dogo kini bertugas di Bahagian Penjagaan Mulut, Pembangunan Produk Pemutih di mana beliau memberi fokus pada inovasi untuk menyokong portfolio produk pemutih global Colgate. Beliau bertanggungjawab untuk membangunkan rumusan yang berkesan, mengenalpasti dan menyokong dakwaan produk yang menarik perhatian.Kepakaran Cajetan dalam sintesis molekul kecil, katalisis dan biokimia membolehkan beliau memainkan peranan sebagai penyumbang unik kepada program pemutih. Beliau terlibat dalam pelbagai pelancaran produk dan memimpin program asas mengenai kesan gigi yang menjelaskan pengetahuan kesan gigi serta memacu pembangunan kaedah untuk menyampaikan kemujaraban rumusan pemutih premium kami dalam berbagai cara. Cajetan ialah pemegang Ph.D dari Johns Hopkins University dan BSc. dari Coppin State University. Sebelum menyertai Colgate pada tahun 2013, beliau melengkapkan penyelidikan pascakedoktoran di Institut Kesihatan Nasional dengan kajian penghambatan kemasukan sel HIV sebagai mekanisme antivirus. Cajetan telah menulis 12 artikel saintifik ulasan sejawat dalam bidang biologi dan kimia.