LaTonya Kilpatrick-Liverman, PhD

 

 

LaTonya Kilpatrick-Liverman

PhD
Pengarah Global Teknologi, Penyelesaian Bio dan Kaedah Klinikal

Dr. LaTonya Kilpatrick-Liverman mengetuai kumpulan Penyelesaian Bio dan Kaedah Klinikal di Colgate Palmolive Co.Beliau dan Pasukannya bertanggungjawab untuk membangunkan model terjemahan, mengenalpasti biopenanda berkenaan kesihatan dan penyakit, dan membangunkan kaedah klinikal baharu untuk menilai perubahan kulit dan rongga mulut dengan lebih cekap.LaTonya memiliki lebih 25 tahun pengalaman dalam penyelidikan kulit dan biologi mulut.Beliau ialah pengarang sebilangan paten, buku dan artikel jurnal, dan pernah menduduki Lembaga Penasihat Editorial Jurnal Antarabangsa Sains Kosmetik, Lembaga Penasihat Industri Kimia dan Biologi Kimia di Universiti Rutgers, dan Lembaga Penasihat Simposium Biomaterial di Universiti Rutgers.LaTonya percaya bahawa kanak-kanak sebaik-baiknya didedahkan kepada bidang sains pada usia muda.Beliau menyumbang masa secara sukarela dalam beberapa program bantuan pendidikan yang ditaja oleh Colgate Palmolive, Persatuan Kimia Amerika dan pelbagai kumpulan komuniti.Beliau gembira untuk memanfaatkan setiap peluang untuk berkhidmat kepada komuniti dan berkongsi pengalamannya.LaTonya memegang ijazah BA dalam Kimia dari Hampton University dan ijazah PhD dalam Kimia dari Princeton University.