Payal Arora, PhD

 

 

Payal Arora

PhD
Rakan Sekutu Teknikal Kanan

Dr. Payal Arora kini bertugas di bahagian Penyelidikan Awal penjagaan mulut. Beliau dan pasukannya bertanggungjawab untuk membangunkan portfolio/pelan teknologi semula jadi inovatif untuk menyampaikan penyelesaian penjagaan mulut yang tersuai dan tepat berdasarkan keperluan khusus konsumer. Kerja beliau dengan pasukan semula jadi global meletakkan fokus terhadap pemahaman sains di sebalik bahan-bahan semula jadi tradisional dan membantu menterjemah bahan terebut kepada konsep produk yang unik. Payal memiliki lebih 18 tahun pengalaman dalam bidang Penyelidikan & Pembangunan, berlatar belakang industri ubat farmaseutikal (Roche dan Janssen pharmaceuticals) di kawasan penyakit sistemik; Diabetes, Perubatan Regeneratif dan Virologi. Beliau telah menulis 16 artikel dalam beberapa jurnal impak tinggi dan memiliki sebilangan besar paten.Payal ialah pemegang PhD dalam Biologi Molekul dan Bioteknologi dari India dan Fellowship Pasca Kedoktoran dalam Virologi dan Onkologi dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat.