Membantu anda dan senyuman anda supaya kekal sihat

Membantu anda dan senyuman anda supaya kekal sihat

 

Setiap hari, berjuta-juta orang di seluruh dunia mempercayai Colgate untuk membantu mereka memulakan hari dengan betul. Kerana apabila anda menjaga mulut, anda boleh melakukan apa sahaja.

Kepercayaan ini diperolehi bermula dengan bahan-bahan yang kami pilih.

Pertama sekali. Setiap bahan yang kami gunakan benar-benar selamat untuk anda, keluarga dan alam sekitar.Kami mengetahui perkara ini kerana kami menguji setiap satunya dengan teliti, pada setiap peringkat kitaran hayat produk – dari makmal pembangunan, ke rak kedai, bahkan ke bilik mandi anda di rumah.

Seiring perubahan teknologi, pasukan ahli sains kami dengan penuh semangat mencari dan memperjuangkan bahan berkualiti tinggi.

Bahan-bahan yang lebih baik untuk anda dan planet ini

Bahan-bahan yang lebih baik untuk anda dan planet ini
Vegan

VEGAN

Sebilangan besar produk kami adalah vegan dan tidak mengandungi bahan yang berasal daripada haiwan, produk sampingan haiwan atau alat bantu pemprosesan.

 

Bebas gula

BEBAS GULA

Kami tidak menambah gula pada produk kami. Kami menggunakan pengganti gula atau pemanis buatan & semula jadi untuk meningkatkan rasa.

 

 

Bebas gluten

BEBAS GLUTEN

Produk kami bebas daripada gluten yang terdapat dalam gandum, rai dan barli.

 

Dibuat Dengan Rasa Tanggungjawab

DIBUAT DENGAN RASA TANGGUNGJAWAB

Kami juga melindungi warga insan dan planet kita. Tapak pengilangan kami adalah tempat kerja yang selamat untuk pasukan kami di seluruh dunia. Kami turut membuat kemajuan besar berkenaan kecekapan tenaga dan air dalam usaha menjadi sebuah syarikat bebas sampah.

Ketahui Lebih Lanjut

 

Ketahui lebih lanjut tentang apa yang terdapat dalam produk kami.

Ya, beberapa bahan kami sukar untuk disebut. Namun, kesemuanya mempunyai tujuan yang baik: untuk memastikan anda dan senyuman anda kekal bersinar dan sihat.

LIHAT APA YANG SETIAP RAMUAN LAKUKAN

Ketahui lebih lanjut tentang apa yang terdapat dalam produk kami.

Kami sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan pengalaman Colgate. Ini bermaksud, kami sentiasa mencari bahan dan formulasi baharu yang memberikan manfaat yang sama atau lebih baik tanpa menjejaskan kualiti.

KETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI DASAR KESELAMATAN BAHAN KAMI