whitening gigi murah - colgate my
Badge field

Tiga Teknik Memutihkan Gigi Murah

Published date field Terakhir dikemaskini:
Published date field Terakhir dikemaskini:

Dikaji Secara Perubatan Oleh Komunikasi Sains Global Colgate

 

Anda tidak bersendirian sekiranya anda risau tentang penampilan senyuman anda: Majoriti peserta tinjauan yang dijalankan oleh Akademi Pergigian Kosmetik Amerika mengatakan warna putih gigi ialah perkara utama mereka ingin ubah mengenai senyuman mereka. Walaupun prosedur profesional mungkin mahal, terdapat beberapa alternatif pemutihan gigi yang lebih murah.

Peluntur yang murah mungkin tidak memberikan hasil dramatik yang boleh didapati daripada rawatan klinik gigi, tetapi ia boleh membantu anda mencapai senyuman yang lebih cerah. Begini caranya, dengan tiga langkah mudah:

Jaga Pemakanan Anda

Makanan dan minuman berwarna gelap, seperti beri, wain merah dan kopi adalah punca biasa yang meninggalkan kesan pada gigi, begitu juga makanan berwarna terang seperti kari. Pengelakkan makanan jenis ini ketika anda sedang cuba memutihkan gigi boleh membantu usaha anda, tetapi sekiranya tidak dapat dielakkan, anda patut membilas mulut anda dengan air selepas makan untuk mengurangkan makanan yang bersentuhan dengan enamel anda.

Makanan lain mungkin dapat membantu apabila anda menginginkan pemutihan gigi yang murah. Sayuran dan buah-buahan rangup, seperti buah epal dan saderi, tidak akan meluntur gigi anda tetapi ia boleh membantu menggosok kesan pada permukaan gigi dan mendedahkan senyuman yang lebih b Kacang dan makanan lain yang rangup juga menghasilkan air liur yang lebih banyak semasa dikunyah, menurut Persatuan Pergigian Amerika (ADA), yang membolehkan anda membilas secara semula jadi cebisan makanan yang melekat pada gigi secara semula jadi. Sayuran dan buah-buahan tinggi serat juga boleh membantu menggosok gigi anda sehingga bersih dan putih.

Keju ialah antara makanan yang boleh membantu memutihkan gigi anda. Kalsium dan asid laktik yang didapati dalam keju dan produk tenusu lain boleh menguatkan enamel anda dan membuatnya kelihatan lebih putih. Sebagi bonus, keju yang keras contohnya Parmesan, juga boleh membantu menggosok gigi anda untuk menanggalkan kesan pada permukaan gigi.

Jaga Gigi Anda

Lawatan ke doktor gigi dan pengamalan rutin penjagaan mulut yang baik di rumah boleh membantu mengekalkan warna putih gigi. Memberus gigi dua kali sehari bukan sahaja menanggalkan plak sebelum ia berkeras kepada tartar, tetapi ia menanggalkan perubahan warna atau kesan sebelum ia menjejaskan gigi secara kekal. Penggunaan ubat gigi yang dihasilkan untuk memutihkan gigi ialah cara yang baik untuk diamalkan semasa rutin anda jika anda ingin mencuba kaedah pemutih gigi yang murah. Cara yang paling berkesan untuk memutihkan senyuman ialah dengan menggunakan ubat gigi yang mengandungi hidrogen peroksida, iaitu bahan peluntur yang digunakan semasa rawatan pemutihan gigi profesional.

Cuba Produk Pemutih Gigi Di Rumah

Produk pemutih gigi di rumah mungkin tidak berkesan sebaik rawatan pemutihan di klink gigi, tetapi ia lebih murah. Tambahan pula, jika anda sedang menggunakan ubat gigi pemutih, produk seperti jalur gel, pen pemutih dan dulang pemutih yang boleh didapati di farmasi boleh memberikan hasil yang lebih dramatik berbanding menggunakan ubat gigi sahaja. Walaupun begitu, terdapat beberapa kekurangan kepada kaedah ini, misalnya peningkatan risiko kepekaan gigi.

Teknik memutihkan gigi murah mungkin tidak memberikan senyuman selebriti yang bersinar terang, tetapi rawatan di rumah dan penjagaan mulut yang bijak boleh membantu menghasilkan senyuman yang beberapa tona lebih cerah. Pastikan untuk mendapatkan nasihat doktor gigi anda sebelum memulakan rancangan pemutihan gigi di rumah.