Pembedahan Gingivectomy - Apa yang Anda Perlu Tahu - colgate

Pembedahan Gingivektomi: Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Published date field Terakhir dikemaskini:

Dikaji Secara Perubatan Oleh Komunikasi Sains Global Colgate

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia hampir 94 peratus rakyat Malaysia mengalami sejenis penyakit periodontium (juga dikenali sebagai penyakit gusi). Gingivektomi boleh dilaksanakan untuk memulihkan kesan penyakit periodontium atau membaiki keadaan gusi yang melibatkan struktur sekitar gigi. Gingivektomi ialah salah satu prosedur yang dapat memulihkan masalah periodontium. Baca lagi untuk mengetahui lebih lanjut tentang prosedur, cara pelaksanaan dan sekiranya terdapat pilihan rawatan yang sesuai untuk mengembalikan senyuman dan bentuk gusi yang terbaik.

Apakah itu gingivektomi?

Prosedur ini ialah pembuangan penuh bahagian gingiva (gusi) daripada dalam dan sekitar gigi bagi merawat penyakit gusi atau memanjangkan serta melebarkan gigi atau bahagian gigi tertentu. Prosedur ini boleh dilaksanakan oleh doktor gigi umum yang terlatih dalam pembedahan periodontium. Prosedur ini biasanya dilakukan oleh pakar periodontik. Pakar periodontik ditakrifkan sebagai seorang doktor gigi yang dilatih khusus dalam rawatan gusi dan masalah gusi

Satu lagi jenis pembedahan periodontium dipanggil sebagai gingivoplasti. Gingivoplasti tidak sama seperti gingivektomi yang hanya melibatkan pembuangan separa pada gusi (plasti). Gingivektomi membuang seluruh bahagian pada pembahagian gusi tertentu.

Bagaimanakah Gingivektomi Dijalankan?

Pembedahan dibuat menggunakan skalpel pembedahan, namun, dalam keadaan tertentu, laser berfrekuensi rendah boleh digunakan. Tisu yang berpenyakit akan dipotong dan dibuang, gusi dilekatkan semula di dalam dan sekitar gigi dengan sutur (jahitan), dan kawasan itu akan dibersihkan dengan air garam dan ubat kumur khas. Anestetik setempat digunakan untuk memastikan pesakit berasa selesa sepanjang prosedur.

Selepas prosedur selesai, dresing pembedahan, atau pek akan diletakkan di dalam dan sekitar gigi dan gusi. Dresing akan dibiarkan selama seminggu. Membilas gigi menggunakan ubat kumur antibakteria dapat membantu proses penyembuhan.

Apakah Penjagaan Yang Diperlukan Pasca-Gingivektomi?

Kebanyakan pesakit boleh kembali kepada rutin penjagaan mulut biasa kurang daripada sebulan selepas prosedur. Pemeriksaan kerap dengan doktor gigi atau pakar periodontik akan memastikan kejayaan pembedahan. Pakar gigi yang menjalankan pembedahan mungkin mahu membuat pemeriksaan susulan setiap tiga bulan, dan kemudian sekurang-kurangnya pemeriksaan dua kali setiap tahun bagi membersihkan di dalam dan sekitar kawasan pembedahan.