Adakah memutihkan gigi dengan baking soda berfungsi? - colgate

Adakah Soda Penaik Memutihkan Gigi?

Published date field Terakhir dikemaskini:

Dikaji Secara Perubatan Oleh Komunikasi Sains Global Colgate

Internet ialah rumah bagi banyak ramuan di rumah, penyelesaian buat sendiri (DIY) dan produk pemutihan gigi. Adakah soda penaik tidak baik untuk gigi anda? Adakah bahan ini benar-benar memutihkan gigi? Kami akan memberitahu anda pendapat pakar tentang keberkesanan dan keselamatan penggunaan soda penaik untuk memutihkan gigi anda.

Soda Penaik dan Pemutihan Gigi

Soda penaik yang juga dikenali sebagai natrium bikarbonat, ialah sejenis garam yang mudah didapati di kebanyakan rumah. Secara individu, bahan ini biasanya kelihatan seperti kristal kecil (serupa dengan garam halus) atau serbuk halus. Satu kegunaan praktikal soda penaik dalam produk pergigian adalah sebagai ramuan ubat gigi.

Secara umumnya, anda boleh memutihkan gigi anda dengan dua cara: melunturkan gigi dengan peroksida atau menggunakan pelelas untuk menghilangkan noda. Soda penaik ialah bahan pelelas yang boleh membantu menghilangkan noda apabila disapu pada lapisan luar gigi yang keras yang dikenali sebagai enamel.

Mempertimbangkan penggunaan ubat gigi yang mengandungi soda penaik? Mujurlah ubat gigi yang mengandungi soda penaik adalah berkesan dan selamat untuk memutihkan gigi menurut Kementerian Kesihatan Malaysia. Malahan, soda penaik kurang melelaskan gigi daripada banyak alternatif lain dan sama keras dengan dentin gigi anda. Secara keseluruhan, faktor ini menjadikan soda penaik pilihan yang selamat untuk kegunaan harian dalam rutin penjagaan mulut anda.

Oleh sebab soda penaik menghilangkan perubahan warna daripada permukaan gigi anda, bahan ini tidak akan menyingkirkan noda yang lebih dalam. Menurut DoctorOnCall, produk pemutihan gigi yang mengandungi soda penaik boleh membantu kesan kopi dan merokok.

Jika ubat gigi yang mengandungi soda penaik tidak memutihkan gigi anda seperti yang anda inginkan, pertimbangkan untuk menjadualkan janji temu dengan doktor gigi atau juruhigin pergigian. Rawatan pemutihan profesional berkesan serta sebagai pilihan di rumah beberapa minggu, jadi ini mungkin pilihan terbaik untuk senyuman anda.

Petua berguna: Soda penaik tidak sama dengan serbuk penaik. Tidak seperti soda penaik, serbuk penaik turut mengandungi asid dan kanji jagung yang digunakan sebagai bahan dalam membakar roti. Anda tidak akan menemukan mana-mana ubat gigi yang mengandungi serbuk penaik!

Ramuan di Rumah

Apabila bercakap tentang pemutihan gigi anda, penting untuk diingat bahawa tiada penyelesaian ajaib, dan anda harus mempertimbangkan keselamatan anda terlebih dahulu.

Ramuan pemutihan gigi yang melibatkan soda penaik dicampurkan dengan bahan yang kurang dikaji telah dipopularkan dalam talian kerana kos yang rendah, ketersediaan bahan yang luas dan mudah digunakan. Malangnya, popular tidak bermakna selamat dan berkesan, jadi lebih baik untuk kekal dengan produk yang dirumus oleh pakar.

Sebaiknya, elakkan petua pemutihan yang dikongsikan melalui blog amatur dan ingat bahawa penyelesaian buat sendiri (DIY) boleh jadi berbahaya. Sukar untuk menyukat bahan anda sendiri, dan anda mungkin merengsakan pulpa gigi anda apabila menggunakan ramuan pemutihan.

Kami mengesyorkan agar berunding dengan pakar gigi anda sebelum menggunakan sebarang ramuan atau produk pemutihan.

Petua Penjagaan Mulut yang Lain

Soda penaik boleh membantu memutihkan gigi anda tetapi tidak memadai dengan sendirinya untuk mencegah kaviti, penyakit gusi, dan masalah gigi yang lain. Penggunaan ubat gigi yang mengandungi soda penaik tidak sepatutnya dilihat sebagai pengganti mana-mana bahagian rutin pergigian anda tetapi sebagai pelengkap.

Berita baiknya ialah rutin penjagaan mulut yang betul ialah satu langkah besar ke arah memastikan mulut anda sihat dan gigi anda putih bak mutiara.

Petua penting untuk penjagaan mulut anda:

  • Gunakan ubat gigi atau ubat kumur yang mengandungi fluorida, atau minum air berfluorida (seperti kebanyakan air paip) untuk membantu melindungi gigi anda. Kebanyakan jenis ubat gigi mengandungi kedua-dua soda penaik dan fluorida!
  • Berus gigi anda selama dua minit sebanyak dua kali sehari, dan pastikan anda menggunakan gosokan lembut supaya tidak merosakkan gigi atau gusi anda.
  • Flos sekali sehari untuk menyingkirkan bahan makanan dan plak daripada kawasan celah gigi anda.
  • Makan makanan yang seimbang dan sihat yang tidak terlalu tinggi kandungan gula atau berasid.
  • Elakkan merokok dan produk tembakau.

Soda penaik telah terbukti sebagai pilihan bijak untuk memutihkan gigi anda tetapi bukan penyelesaian untuk kesihatan gigi anda. Pastikan anda mengamalkan rutin penjagaan mulut yang lengkap dan berunding dengan pakar gigi anda jika anda mempertimbangkan untuk menggunakan produk pemutihan. Anda kini bersedia untuk berjaya dengan pengetahuan tentang penggunaan dan keselamatan soda penaik bagi memutihkan gigi.