Adakah Produk Pemutih Gigi Selamat?

Adakah Pemutihan Gigi Selamat?

Published date field Terakhir dikemaskini:

Dikaji Secara Perubatan Oleh Komunikasi Sains Global Colgate

Penyelidikan selama lebih sedekad telah membuktikan yang pelunturan dan kaedah pemutihan lain adalah selamat dan berkesan. Beberapa produk di pasaran hari ini telah menunjukkan tiada kesan buruk kepada gigi atau gusi dalam banyak ujian klinikal dan makmal. Pastikan anda mencari produk yang terbukti secara klinikal, mengikut arahan dan berbincang dengan doktor gigi anda.

Pada masa dahulu, kepekatan peluntur lebih tinggi yang digunakan dalam rawatan di klinik menyebabkan gigi lebih sensitif. Walau bagaimanapun, berbanding dengan sekarang, gel peluntur yang digunakan berkesan dengan lebih baik; menjadikan gigi sensitif bukan lagi satu masalah. Gigi sensitif mungkin berlaku pada seseorang selepas prosedur pemutihan, terutamanya apabila memakan makanan panas atau sejuk, tetapi biasanya hilang selepas 48 jam dan berhenti sepenuhnya apabila rawatan dihentikan.

Jika anda mengalami gigi sensitif, terdapat beberapa cara yang boleh membantu menghilangkannya:

  • Jika menggunakan pemasang dulang, gunakan peralatan ini untuk tempoh masa yang pendek
  • Berus dengan ubat gigi yang dirumus khas untuk gigi sensitif dan mengandungi kalium nitrat untuk membantu melegakan hujung saraf gigi
  • Jumpa doktor gigi atau ahli farmasi untuk dapatkan produk berfluorida yang membantu memineralkan semula gigi anda. Berus atau pakai dulang selama empat minit sebelum dan selepas memutihkan gigi anda
  • Berhenti pemutihan gigi selama beberapa hari untuk memberikan ruang masa bagi menyesuaikan gigi anda dengan proses pemutihan. Dalam masa 24 jam, rasa sensitif itu akan hilang. Semakin lama anda memutihkan gigi, semakin kurang sensitiviti yang anda akan rasa

Dalam beberapa keadaan, doktor gigi anda mungkin tidak menggalakkan pelunturan gigi:

  • Jika anda mengalami penyakit gusi, gigi dengan enamel yang haus, kaviti atau gigi yang sensitif
  • Jika anda mengandung atau menyusukan anak
  • Jika anda mempunyai korona yang berwarna gigi, kep atau rawatan lain pada gigi depan